Thursday 27 October 2016


Alhamdulliah,



Syukur pada Allah dengan limpah dan rahmatnya..Setelah hampir 2 tahun bertungkus-lumus serta berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan, akhirnya Suria Permata Kenyir Houseboat siap dibina pada 19 October 2016. Kredit & sekalung penghargaan diberikan kepada keluarga tersayang serta saudara mara dan kawan-kawan yang memberi sokongan dan bantuan kewangan, idea dan tenaga bagi memberi semangat agar pembinaan houseboat ini diteruskan dan menjadi realiti.


 


Sempena pembukaan SURIA PERMATA Kenyir Houseboat, satu majlis kesyukuran dan doa selamat serta solat hajat yang dipimpin oleh Ustaz Bidin telah diadakan di Pengkalan Gawi pada 21 Oktober 2016. Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada family, sahabat-handai yang dapat melapangkan masa untuk hadir serta memeriahkan majlis.






No comments:

Post a Comment